30 January, 2011

Kalau la aku terer main gitar . . .

Teringat aku masa study kat Sarawak dulu . Setiap kali cuti hari sabtu , malam je msti lepak kat waterfront . Buat apa ? tengok orang main gitar , siap menyanyi lagi . Sumpah ! Giler Cool .

Aku memang minat gler ngan alat-alat muzik ni . tapi tak reti main . kalau setakat recoder, kastenet ngan kerincing tiga segi tu boleh la . itu pun sebab ade dalam silibus pendidikan sekolah rendah . kalau takde , mimpi aku dapat main alat muzik ni . Huhuhu .

tapi betul weyh ! smart gler tgk mamat-mamat tepi jalan main gitar . lagi-lagi ngan dress up dorg , muka dorg yang hensem . Ikutkan hati , tu la calon suami aku nak . Tettt . Ade yang mengamuk baca statement aku ni nnti . Dorang mmg cool , dress up biasa je , guna jeans yang lusuh ,  baju entah brand ape , pastu letak guitar case tepi jalan then nyanyi lagu "kau ilhamku". Fullamak , sempoi giler . 

Sejak tu aku da pasang niat da . Sebelum kawen , aku mesti terer main gitar . Sekarang ni , aku tengok trend orang kawen , pasang lagu dulu-dulu . Pastu siap ngan kumpulan kompang . Ini cara lama ! haha . 

Aku tak nak tiru orang . Aku ada cara tersendiri .

Nanti time majlis kawen aku , aku nak capai mic ngan gitar kat stage then aku nak nyanyi dua tiga lagu untuk suami aku . pastu , ada satu projector kat stage tu , masa aku tengah nyayi , keluar slide show detik-detik perkenalan aku ngan suami dari zaman bercinta sehingga ke jinjang pelamin . 

orang kata , kawen ni sekali seumur hidup , so tak salah buat something different kan ? hahaha . Berangan taknak kalah . Nina , nina . . . 

Kalau korang nak tau , gitar ni pun boleh jadi satu medium untuk pikat hati wanita . aku jarang bercakap kalau takda bukti . Cuba korang perhatikan lirik-lirik lagu yang selalu main kat radio .

"Jesnita , kali pertama terpandang wajah ,
terpegun aku dan terpesona ,
dengan senyuman dan lirikan mu ,
membuat aku telah jatuh cinta . " Exists .

"Farhana oh farhana .
kau cantik tapi berbisa .
indah rupamu , tak terkata .
Dek renungan sinar mata . " Jinbara .

dan banyak lagi . jarang kita dengar lagu yang memuji lelaki . jap2 . cuba kita bayangkan .

Samat oh Samat . 

Hahaha . Sumpah , giler lawak !

Apa yang aku nak tekan kan kat sini is , perempuan ni suka pujian . Tambah2 lagi kalau pujian tu dalam bentuk yang sweet , dalam bibit lagu misalnye . cehhh . jiwang gak aku ni .
Kalau aku pandai main gitar , nanti aku nak main kt satu tempat yang ramai orang  then comfirm-comfirm la aku akan di surrounded by many people . then mula la masyarakat majmuk tadi akan order lagu kat aku . Kak , lagu tolong ingatkan aku satu ! Ana Rafali punye .!akak nyanyi sedap gler ! lagi2 la kalau kaum lelaki yang mintak . terus  terasa diriku begitu berharga . hahaha 

pastu , kalau masa tu aku bawa member-member perempuan . msti dorang akan cakap cmnni "cinabeng , bikin panas minah ni . " haha . sori gurlz , nnti ada laki hensem ceq perkenalkan k . 

lagi satu , kalau aku terer main gitar , aku taknak bukak band . nanti laki-laki hensem just pandang vokalis je . Tak fair lansung ! so , aku lebih prefer main gitar secara solo . Baru best ! cam Ana Rafali ke . Style beb !

Pasni , aku nekad nak blajar main GITAR ! yeay !

29 January, 2011

Siapa Orang yang paling Rapat Di sekeliling kita ?


Salam . . . Hye semua . . 
Sedar atau tak , sekarang da genap sebulan aku kt
UiTM Shah Alam ni
Cepat nye lah ms berlalu . 
Assignment pn berlambak da . Hahaha .
Sebelum tu , aku nak wish Heppi Chinese New year !! 

Life as a student , comfim byk cabaran dan dugaan . Asignment kena reject , presentation sucks , salah cari journal and macam-macam lagi . Standard la tu , nama pun student . bnde ni lah yang kita makin pandai . Cheeewaah . perasan lak minah ni . huhu , Adakalanya stress dengan "kerja rumah" yang bertimbun-timbun .stress ngan makanan yang tak kena ngan selera dan keadaan semasa yang semakin sibuk + traffic jammed , tiap-tiap hari menyukarkan lagi keadaan aku .

tapi aku sedar , aku tak boleh patah semangat kerana en.Daddy ngan pn.Mama mengharapkan kejayaan aku . segala pengorbanan mereka akan aku penuhi dengan kejayaan . InsyaAllah (terharunye aku) . hehehe


Berbalik pada entri aku kali ni "Siapa orang yang paling rapat di sekeliling kita ?" Sesiapa pun blh jd kawan . Kadang-kadang orang yang kita kenal sehari pn blh jd kawan rapat . Sebab tu sometime terjadinye kawan makan kawan . da tak da nasi nk di makan , kawan pn jd la . hahaha . Berikut adalah kawan-kawan aku . aku pilih secara rawak je . Sbb dorg paling rapat ngan aku . kalau nak cerita sume , sampi esok pn tak habis . huhu . Check it out ! 


Nama diberi Fidelia Bt Gimbun . Pggl eluq je .*bju hitam
single ? in a relationship ? its complicated ?
entah la minah ni . ssh nak tau status dia .
sgt meminati makanan . bg je ape pn cmfrm makan .
cuma batu ngan kayu je tak makan .



minah yang sengal atas ni orang panggil kak nurul .
orang yang panggil . mark my word .
kalau tetibe ade penyu lalu sebelah , comfirm penyu akan panggil dia .
Minah ni ketua kumpulan penyu .
Jiwa dia ngan penyu da sebati da . hahaha .
Status : Dah berkahwin , ada 3 orang anak . ank bongsu umur setahun setengah . 
hahaha . percaya ! just kidding .
Single lagi makcik ni .



ni cik siti wan kembang . eh silap cik siti hajarina kazu .
in a relationship . 
minah ni pakar karate . 
kalau de sesape nak gado , need back up , kol je minah ni . 
comfirm setel masalah korang hahaha . =)



si gadis kulit celup cam anak cina ni amoi nmenye . 
Antara yg ramai - ramai kat atas , She's my feveret . Yeay!
In a relationship slps 17 kali jd janda .
errr , sori moy , terbuat cerita karut plak . huhu . 
I miss u Moy .


nenek kebayan kat atas ni , eida nama nye .
Kengkawan panggil itik je .
status ? janda . hahaha
sori da , ko jgn mimpi aku nak letak gmbr ko yang cantik2 .
ko slalu dengki ngan aku kan . huhu . 
da , smoga pjg umur and sihat selalu k .

17 January, 2011

Yang Bulat-Bulat itu .


( i )
Si bulat , Si besar dan ada buaian boleh pusing-pusing. Pernah kamu tunggang binatang itu ? kalau tak pernah  cuba korang pergi Lost World of Tambun . Dekat situ ade sekor binatang bulat ni . tunggang la dan simpan kejap memori waktu bende tu tengah berpusing .

ayat macam merry-go-round
berpusing-pusing and balik semula

Ni lirk lagu merry-go-round nyanyian Elly Mazleen . (pelakon ? yup !) jangan tanya nape lirik lagu ni yang aku pilih bile terfikir tentang binatang bulat besar tu . Aku suka dgr lagu yg entah zaman keberapa nye lagu . Lagu pelik-pelik best ape . ade sentimental value . And kenapa tetibe nak tulis pasal merry-go-arround ? Sbbb binatang tu bulat dan asal kejadiannye jugak dibentuk oleh makluk bulat bernama molekul . jadi , ape je yang ada kt dunia ni Bulat sebenarnye . Dah tu ? knp korang nk kecoh-kecoh panggil orang bulat ? korang pn bulat gak . HAHA .

dunia nie ibarat roda

Tipu la kalau korang cakap korang tak pernah dengar qoute ni . Nampak sangat menipu . Tak baik menipu . Buat tambah dosa je . aku berani jamin bila korang down or ade prob mesti ade kawan-kawan korang yang akan sebut pepatah tu . Roda ? itu pn bnde bulat gak . 


( ii )
Aku suka berlari , walaupun hakikatnye aku tetap mcm ni . Tak kurus-kurus gak sebab aku suka berlari dalam hidup . Sejujurnye  aku jenis yang susah terima hakikat untuk sehari . Lepas aku boleh terima hakikat , bnde ni yang akan jadi alasan kenapa aku harus berlari dan terus berlari . Well . Dalam tempoh larian tu , sometime aku rasa mcm kuat ada bertenaga . Momentum berlari pn laju je . Konon-konon fit . Hahaha . and bila aku rasa penat aku akan ubah cara larian . Tak kisah cmne pn cara aku berlari  yang penting aku terus berlari . Yeay !


Tapi . . . .  Aku terlupa . Aku leka .


lupa pd hakikat sebenar yang hidup umpama roda . Jauh mne pn aku berlari , aku tak mungkin jumpe titik hujung dunia ni .Sbb bumi ni BULAT ! kalau aku berlari sbb bnde tu meyakitkan , comfirm aku akn jume balik ngan kesakitan tu lg . eh jp , bukan titik mula larian is titik akhir larian ke ? alamak . lupa lg . :'(

Actually , tak perlu berlari sekuat hati kalau korang rs korang tak mampu . Cukup sekadar korang atur langkah perlahan-lahan asalkan korang teta bergerak . move to things yang much better .

Cabaran , itu ujian .
Dugaan , itu ujian .
Rasa negatif , itu ujian .
Rasa positif . . . itu pn uijan gak . HuHu .

Sebab ape ? Sebab tak ada hidup yang tak ada ujian . Sebab ujian is Tarbiyyah dr Yang ESA . pusing lah keliling dunia . takkan jumpe manusia yang sentiasa tersenyum dan bahagia . AKU kaya atau AKU miskin , AKU pasti pernah menangis . Comfirm ! Pasti ! Yakin . 


( iii )
Sama mcm bila aku naik binatang bulat & besar tu . (kt fun fair kan ada . wt pe nk g jauh-jauh . LOL)

aku heppi , rs mcm diri terbang bebas like a bird and sometime aku pn rs takut . Mne tak nye , berpusing kat langit berkali-kali . melalu jalan yang sama tapi dengan rs yang bereza . First round , aku kata Seronoknya terbang tapi second round , otak aku mula ligat berfikir . Kalau putus tali ni cmne ? Third round lak  aku try motivate kan diri even macam-macam dah aku fikir . Even bnde tu keep on berpusing , tp it never bring me to the same feeling . Is a Fact ! Benda yg da lepas , let it be . Buat pe nk ingat-ingat lg . Kalau boleh , buang jauh-jauh . Tanam sedalam-dalamnya . Biar hilang semua . Apa yang terjadi ada hikmah nye . Cuma KAU je yang tak nampak .

16 January, 2011

Apa itu KAWAN ?

Good Afternoon .
Hai ! (sambil tangan melambai-lambai)


Aku ada kawan .
Bukan setakat kawan biase .
Mereka luar biase .
Mereka selalu ada bersama aku di kala susah & senang .
Mereka juga tempat aku berkongsi cerite .
Mereka juga pemberi pandangan & pendapat pada aku .
Mereka juga kawan untuk ketawa & menangis bersama .
Mereka sering bagi sokongan di kala aku sangat down .
Bila mereka bahagia aku tumpang gembira .
Dan bila mereka sedih aku juga terasa .
Dengan mereka aku tak pernah berkira .

Sebab tu aku sayang sangat kat kawan-kawan aku .
Aku tak perlukan ramai kawan sebab kawan yang aku ade dah cukup terbaik bagi aku .
Buat ape ramai kawan pastu kawan yang lama di abaikan  . 
Pastu mula la nak gado . Tengok , dah bertambah koleksi musuh .
Belum tentu kawan yang baru setanding ngan yang lama .
Hargai apa yang ada . Peace ! =)

14 January, 2011

RUMPUT OH RUMPUT .

Hai . . Pe kabar sume ? Hope sihat selalu ok.
Hari ni mood aku ok sesangat . 
Padahal sama je ngan hari yang sebelumnye .
Hidup mesti HAPPY . Yeay ! =)



Suatu cerita untuk pengajaran bersama . .



Pada suatu pagi di sebuah sekolah menengah , 
ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar . 
Ketika itu , guru tersebut sedang menyentuh mengenai 
kasih dan sayang secara am.

 

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah yang paling cantik kita jumpa dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas. Fikir-fikirkan dan selamat beramal...

12 January, 2011

Kapal Terbang Terhempas ? ? ?

Baru semalam aku cerita-cerita ngan rummate aku yang aku nak blk sarawak cuti raya cina ni . mood tengah excited nak balik . tiket pn on da way nk beli . tggu bapak aku bank in duit je lagi . tetibe tengah hari tadi , aku on9 kt makmal komputer kat faculty aku , terbaca pulak berita kapal terbang terhempas . Yang menjadi masalahnye , kapal terbang tu terhempas kt tempat aku ha . Lapangan terbang Antarabangsa Kuching . Aduhyai , Hati pn da goyang nk balik . 11 Jan ni memang hari yang malang btl la . Aiyo . . . 

Punce nye , Jalan licin .
Biasalah , lagipun sekarang kt Kuching tengah musim hujan .
Nak dekat CNY , comfirm la hujan . Hujan kan rahmat . Huhuhu .



Syukur sangat-sangat selama aku naik flight ni xde adegan seperti ni .
So , Guna lah MAS 4 safety . peace ! =)

05 January, 2011

Life as Degree Student

First of all , OMG . Aku rs nk bunuh diri je ble 1st day kelas kt Shah Alam ni .
Hari2 mendaki bukit yg curam , kelas yg jauh cm nk daku gunung everest . Huh . Blh kekurusan aku pasni .

Dari my point of view , mmg jauh sgt perbezaan antara Uitm Sarawak & Uitm Shah Alam ni .
Kalau kt Srwk , life kos dia xde lah tinggi sgt . Tp kt sini giler2 tinggi . Menangis x berlagu la jawabnye .
Bru 5 ari kt sini aku da hbs ratusan ringgit . itu bru 5 hari . Klu da sebulan , mau x ribu-ribu ringgggggit . . . . 
Dengan subject yg quite mencabar , asgmnt mcm nk giler lec dia bg . Jgn mimpi la klu ambk science ni blh nk honeymoon , every weekends lepak town , mimpi kan je lah sume tu . Silap aribln Dismiss la korg . Fisrt day msuk kelas lec yg bernama Yang Mulia Raja Firhad (jgn tnye knp nme dia cmtu , sbb dia mmg ank RAJA yg low profile .)  dia said mcm ni "WELCOME TO THE HELL" . sape2 yg ambk science get ready la work under pressure . U choose it and u have to deserve it . OMG , subject dia je da killer paper . Arggghhhh ! Itu baru subject dia . Blm subject yg lain . 

Subject yg aku ambk ni da sme STANDARD dgn dak2 course medic . Lebih kurang je . Xde bezanye . Hbs deg nnti blh la apply doc . Hahaha . berangan lebih la kau nina . Setakat ni aku still nk jd lecturer lg . Ade la standard sikit . Nnti blh la ajar my chenta . berangan lagi . 

Oh ya , esk my Chenta blk Srwk . Pilu lak rs hati ni . Da rape hari lepas dia anta aku kt Shah alam ni dia msuk hospital .Demam panas . Kesian dia . Xboleh da aku nk jge dia klu dia sakit pasni . Bkn setakat nk jge , nk berskype pn xblh da . On9 jgn ckp la , mmg mimpi la nk tgk aku on9 hari2 cm diploma dlu . Pasni  , my chenta la yg akn rajin mengupdate blog ni . Gonna miss u miss blog . huhuhu . Ok la , nk out dlu . Ade kelas . 

Ehh . eh .. before that ade 10 min lg nk msuk kelas ni . I have something for u Chenta 
  • Kita lawan pointer k yunk .
  • Jge diri elok2 . 
  • Remember me always k .
  • Jgn jin naughty kt sne . 
  • Luv u so much !