17 June, 2012

Kerana dia my Daddy .




Assalamualaikum


Masa darjah satu, kalau cikgu tanya dah besar nanti nak jadi macam siapa, mesti saya orang first yang angkat tangan sambil selamba cakap "nak jadi macam daddy". Setiap kali sambut birthday, sebelum tiup lilin, saya mesti akan cakap "nak jadi macam daddy". Everything mesti nak ikut cara daddy.







Ada orang panggil ayah/bapak/papa while me and adik2 just panggil daddy. Even gelaran berbeza-beza tapi konsep mendidik anak bagi seorang bapa semuanya sama. Nak tengok anak dorang jadi orang berguna, boleh jadi tempat dorang bergantung bila dorang dah tua nanti. Jadi function kita sebagai anak ni, ikut cakap parents. Kalau dorang say "NO" ada sebabnye.








My dad sangat cool. Dalam cool beliau terselit ilmu-ilmu gangster nak didik anak-anak. Especially nak didik anak kepala kebal macam saya. Kalau tak ganas tak sah dan kalau tak bergegar rumah kena jerit tu bukan daddy namanya. Daddy is manusia yang paling digeruni/diserami masa kecik-kecik. Balik sekolah lambat sikit, kena gusti. Baju sekolah kotor sikit, di pencak silatnye insan yang lemah ni. Sadis plak kalau ingat balik.








Itu dulu, masa zaman pemerintahan kuku besi. Tapi sekarang dia lah yang paling baik. Orang yang paling best kalau nak bergossip, nak sharing is caring dan yang paling mustahak sekali adalah orang yang paling dikehendaki bila duit belanja bulan2 dah habis. hehehehe. For me, normal kalau seorang bapa tu garang. Kalau tak garang, nanti anak kembang kepala, naik minyak, jadi anak durhakaaa. takmo, takmo. Tetiba rasa bersyukur daddy garang masa kecik. 








Ingat lagi masa patah tangan, daddy jugak yang selalu ulang alik dari tempat kerja ke hospital. Wah, rasa sangat dihargai. Padahal menyusahkan lagi adalah. Dengan bil hospitalnye, bil bedah siasat nye lagi. . Dah la dalam satu tangan patah dua tempat plus dislocate kat bahu. Ishhh, ishh, isshh.  Memang betul2 membebankan. 






Jadi sempena hari bapa ni, saya nak wish Selamat Hari Bapa Daddy! (sebenarnya masa en. daddy kol tadi saja nak mainkan perasaan beliau dengan tidak menwish lansung. Hikhikhik). Terima kasih sebab selama 23 tahun sanggup bersusah payah mensabarkan diri dengan perangai puting beliung saya ni. Jaga makan minum pakaian dengan sempurna. One day, I'll make you proud of me. Promise 






Dan selamat hari bapa to semua warga bapa kat dunia! ^_^





No comments: