21 June, 2011

Cerita Repunzel versi Nieyna .

Alkisah zaman dulu kala , tinggal lah seorang gadis remaja berumur 21 tahun tinggal kat hutan terbiar yang diberi nama Nieyna Repunzel . Kulitnya putih Nivea Whitening , Rambutnya lurus relaxing , cukup cantik paras dan budi pekertinya . Dia cukup sayangkan haiwan-haiwan dan haiwan-haiwan (say no to plant !) . pekerjaannya hari-harian , tak lain tak bukan dok online dalam bilik sambil dok ushar mamat-mamat encem kat fesbuk . 



Semenjak kecil , kehidupan Nieyna Repunzel cukup bahagia . Hanya bertemankan sekor kucing yang gemok gedempol cukup untuk memeriahkan kehidupan beliau sebagai peminat tegar kucing . Kucing tersebut lah menjadi tempat beliau mengadu ketika hatinya gundah gulana . 


Pada suatu hari ,seorang lelaki tak dikenali asal keturunannya dok lalu kat kawasan kediaman beliau . Dengan keadaan mata yang rabun , Si Nieyna Repunzel pun mengushar lelaki terbabit . adakah ni jodoh aku ? OMG , kena buat muka comel ni . setelah puas men"sepet"kan mata untuk melihat siapakah gerangan jejaka tersebut akhirnya cuma biceps and chess sahaja kelihatan . cis ~ ~ kecewa !

Hati kecik besar nieyna berbisik "pa dia buat lalu kawasan rumah aku ni , nak ngintai aku mandi ka ? kuang ajaq ang , kalau ceq jumpa ang esok , bijik mata ang ceq cucuk !!! "



Lama - kelamaan , Si Nieyna Repunzel pun terpikat ngan jejaka tadi . lalu dia pun offer laki tu mai datang minum-minum kat rumah dia . Tanpa segan silu , laki tu pun menjerit .


Si Jejaka :
awak , saya tak nampak tangga pun kat rumah awak ni .
camna saya nak pi jumpa awak ?
hulur rambut awak jap leh ?


Si Nieyna Repunzel :
banyak cengkadak ang na panjat guna rambut aku
rumah aku ada tangga 
ang pi naik guna tangga 


Dipendekkan cerita , sampai je kat atas . Punya lah terkejut Si Nieyna Repunzel melihat wajah laki terbabit . Dia ke lelaki yang aku dok pi ushar-ushar selama ni ? mak ai , htiam nye dia . hahahaha . 



awak , terima saya seadanya boleh ?
saya hitam sebab hari-hari nak make sure awak selamat .
ceh ayat ~ geli i dengar



Semakin lama , semakin akrab . Semakin lama , semakin sayang

pon begitu , bumi mana yang tak ditimpa hujan . cerah yang disangka ke petang , rupanya hujan di tengah hari . wah ayat !

Setelah lama bersama , si jejaka pun men"kasi" tau yang si jejaka akan pergi selama 3 purnama lamanya . Maka dengan itu , bermula lah kehidupan Si Nieyna Repunzel sebagai gadis rumah besar balik .


~~ TAMAT ~~


p/s : adakalanya hidup ni tak indah seperti yang disangkakan

9 comments:

Pha Is said...

nice story... hehehe

Unknown said...

citer repunzel yek huhuhu
salam kenal

a r i l said...

haha..betol berlaku ke..hheh

missepafazwin said...

hee.suka! :)

n-ya said...

alah...ending gitu plak

i am ain said...

wahhh romantiknyaa :D

Rachmad said...

Berbakat untuk jadi pengarang dan pendongeng..=D=D=D Nice story

nazirulhazwan~ said...

semangat remake, hahaha

Afiqa Dayana said...

wahh, best best ! 5 star ! hihi :D