11 April, 2011

Tips Menghadapi Kritikan , Kemarahan , Kemakian dan etc .


"cik nina, nak tanya ni. kalau cik nina marah macamana ye? 
tak pernah nampak cik nina marah walaupon orang asyik 
mara kat cik nina. tak de perasaan ek?" 
*ngada2 nak ber"cik" pulak kan . huhu


********************************************************

Aku rasa dah selalu dah aku dapat soalan macam ni. 
aku bukan tak berperasaan la, cuma malas nak bergaduh.
orang marah aku, aku buat dek je. api mesti dibalas dengan air, betul tak?



Sekarang ni banyak betul kes2 memaki hamun kan? 
kes2 menyamun tak yah la cerita. lagi banyak.
Lagi2 tentang kes anonymous ni. 
kalau korang suma rajin blogwalking, 
banyak je cerita tentang anony ni.


 "Anonymous pengecut. tak sedar diri. ingat diri dia bagus sangat." *ada penambahan oleh aku


Ya. aku sokong. mereka memang seorang yang penakut. 
bro n sis, kalau nak sound orang sila tonjolkan diri anda.
baru gentle. Ape barang sound2 belakang.


*****************************************************


Back to story. ari ni saja nak share apa yang aku rasa, 
apa patot kita buat masa menghadapi situasi2 macam ni.
Tipula korang tak pernah kena kritik, 
kena marah ke. seumor hidup mesti penah punya.
kalau tak, tak normal la korang ni. 
kalau ada point korang nak attack balik, attack je. 
bagi diaorang senyap. ni masalah wujud bila takda point nak attack balik.


So, ini lah idea aku.

PERTAMA - paling penting, cool,cool dan cool.

Pemaki : " Kau ni dah la tak cantik, berangan nak jadi cantik. weh, aku menyampah la."

Hah, ni macam selalu aku dengar. apa yang boleh korang aku buat, rilek je. tak yah nak sound balik "wei, asal kau ni, kau ingat kau cantik ke hah!?". tak da faedah nak mara2. so jawapan cool yang paling sesuai korang bagi kat dia macam ni.

Dimaki: " Kau tak rasa aku cantik ke? tapi ramai kata aku cantik. kau jeles ye "

konfem dia rasa berapi dan nak hentak muka korang lepas tu.


*********************************************************


KEDUA - jangan keluarkan ayat2 seruan, keluar ayat tanya je.

Jangan la letak "!" kat hujung ayat korang tu.

contoh : " kau celaka! " *opss terlebeh sudah.

korang akan menggambarkan korang sedang kalah, dan dia menang. apa yang oleh korang buat, keluarkan la ayat2 tanya (?) dan buat2 tak faham je walaupon korang faham.

Pemaki : " Seyes nina, aku fedup dengan perangai kau yang macam orang tak da pelajaran ni "

Di maki : " Hah, betul ni? fedup yang macamana wei? tak faham la. boleh jelaskan tak ? "



**********************************************************


KETIGA - selitkan dengan nada/buat lawak sengal2 ubi korang.

Yang ni memang aku selalu praktikkan. buat lawak2 bodo bila kena maki.

Pemaki : "nina, aku menyampah la kau letak gambar balak kau kat blog. kau ingat kau sorang je ke ada balak?! shit!"

Dimaki : " HAHAHA yeke? nanti aku letak muka balak kau kat blog aku. mesti kau akan cakap best. HAHAHAHA "

note
"Hahahahaha" tu yang penting. 
tapi jangan buat lawak melampaui batas pulak.
makin haru jadiknya nanti.
pandai2 la pikir lawak2 yang sesuai untuk dia.


******************************************************


KEEMPAT - mengiyakan aje apa yang diaorang cakap. dan berterima kasih.

Ini kita guna time dah tak tahu nak cakap apa dah.
kadang2 salah kita jugak, so tak guna nak melawan.
mengiyakan lebih baik. baru diaorang diam.

Pemaki : " Wei, saya tengok awak ni selekeh je, belajar taknak, bersukan taknak, ape nak jadi dengan awak ni? "

Dimaki : "Oh, terima kasih sebab sedarkan saya. saya terharu sangat. eh, awak pulak macamne? bila nak belajar? "

Tambah la sindiran2 sikit, nak bagi ayat korang tu menusuk kalbu beliau yang mengkritik.
Mana tahu semakin rapat hubungan korang kan. dari kawan jadi kawan baik, dari kawan baik jadi  . . .


**************************************************


KELIMA - buat2 tak dengar, tahu dan ambik tahu.

Ini cara paling simple untuk menghadapi semua alah ni. buat tak tau dan tak dengar je.
tak pon sumbat dua tiga kapas kat telinga korang. diaorang membebel pon korang tak dengar.

aku dengar bebelan kau, kau sakit hati, aku pon sakit hati. baik takyah dengar.


Anyway, better korang dengar dulu apa yang diaorang nak cakap, 
mana tahu ada faedahnya korang dengar.


******************************************************


Apa2pon, kritikan tu elok sebenarnya untuk korang, 
dia menyedarkan apa2 yang kita tak sedar.
kita ni kan mudah lupa diri, baguslah ada yang menyedarkan, 
tandanya mereka sayang kita. tak gitu?



p/s: kalau korang perasan, aku tak tulis pon "minta maaf" kat atas. sebab aku rasa sekarang ni, kalau kita mintak maaf pon, sama je, tak ada yang berubah. Setuju? Any suggestion?

1 comment:

Noor Azeanthy Paiman said...

haha..alwak.i used to be like this when i got the mess.bravo for you.anyway,dun forget to follow my blog azeanthy.blogspot.com yaa.we can share2 our story.hehe...tata.