23 October, 2011

Di Sebalik Hantu . . .



Assalamualaikum. . . .
errrmmm, lama rasanya tak update entri.
rasa dah janggal nak menulis balik. *alasan

Before that, take a look of my latest pic.

 saat berdua lebih baik

 saat memori cinta luka

saat ketekunan

saat kekantoian terserlah

saat abang rawat adik


Akhirnya, setel 40 jam medical cover.
Alhamdulillah.


Back to main topic.

Korang zaman kecik-kecik mesti selalu dengar cerita hantu kan? kan?
Asal sebut je pasal hantu , MESTI semua yang buruk-buruk akan keluar. 
Tak kisah la dari segi rupa mahupun perangai.
Taaapppiiii, antara manusia dengan hantu pun tak banyak bezanyeee.


Contohnya ,
POCONG akan melompat ke mana saje dia nak pegi because of kaki dia terikat, 
MANUSIA akan melompat-lompat terkinja-kinja bila dengar music kat kelab malam

LANGSUIR memang gemar terbang dan menggangu manusia di malam hari dengan gelak tawanya yang sweet gituu,

MANUSIA gemar menggangu sesama sendiri dengan 'bermotor' di tengah-tengah malam tambah pula dengan bunyi ekzos stock nak tercabut enjin



TOYOL cukup sinomin dengan kerja-kerja mencuri. Kelebihan toyol ialah tidak pernah sama sekali menuduh manusia yang mencuri tetapi ada manusia yang mencuri bersusah payah menuduh toyol yang mencuri.

Untuk menyeramkan lagi diri hantu maka diorang akan menyimpan kuku, rambut dan taring yang panjang dan manusia yang berperangai seperti hantu juga akan berbuat demikian dan perangai diorang mungkin lebih berhantu dari hantu yang sebenar.

Kita banyak disajikan dengan cerita-cerita hantu dan manusia akan berlakon menjadi hantu tetapi hantu itu sendiri tidak pernah menerima royalti mahupun apa-apa anugerah. T.T

Tahukah anda , hantu raya tidak pernah membuat kuih raya, pelesit tak pernah memiliki kenderaan dan hantu galah tidak pernah memiliki galah .


That's all for today .
Thanks for reading .
Babaai .

2 comments:

NURUL ASHIKIN said...

hantu adalah usikan dari jin dan iblis untuk menggoyahkan iman manusia..rapi kalau usikan manusia adalah kerana manusia tu tak ada akal :)

el-nur vivi said...

manusia sekarang mudah goyah..tu ada yg terikut perangai mcm hantu..hehe