05 November, 2011

Cerita Nenek dan Ubi



Sedih dan menggemparkan cerita yang bakal aku cerita selepas ini. Mohon kerjasama supaya menghayati satu persatu saat nenek bersama ubinya.


Situasi sebenar :-
"Seorang nenek pergi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian"


Buletin utama - 
"Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari"

Harian Metro - 
"Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan"

Utusan Malaysia - 
"Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - 
"Kami tiada beca"

Malaysiakini - 
"Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah"

Twitter @NajibRazak - 
"Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1 Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu Paranoid -
"Keraguan Sijil Halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca"
 
Pancaindera - 
"Kisah nenek dilanggar beca diabdikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster"

Mastika - 
"Misteri penarik beca: Temubual eksklusif dengan hantu ubi"

Maskulin - 
"Lelaki bawa beca selamatkan ubi adalah ciri lelaki sejati"
 
Sinar Harian -
"Nenek dilanggar Beca Rempit!"

Nona - 
"Nenek awet muda kini tiada lagi."

Remaja - 
"Remaja gagal selamatkan ubi... nenek meninggal..."

Hot.fm - 
"Ceritakan kisah menyedihkn anda bersama nenek dah ubi..."

Sinar.fm - 
"Keluhan seorang penarik beca apabila nenek maut dihempap ubi."

999 - 
"Dimanakah peranan pemandu beca, sehingga tergamak melanggar nenek dan ubi..."

Bersamamu - 
"Liku2 terakhir nenek tua bersama ubi dan beca usang..."

Aduan Rakyat - 
"Disebabkan sambil lewa pembeca, nenek terbunuh disamping ubinya..."

Edisi Khas - 
"Seorang nenek tua pon adohai, telah di langgar lari kannye pon...telah mati dtempat kejadiannye adoiiinyeee!!!!"

BANG BANG BOOM!! -
"akibat diacah2 untuk dilanggar dengan beca, nenek tua mati mengejut bersama ubi di tangan...."

Upin dan Ipin -
"Betul, Betul, Betul . . . . . "


Just for fun .
Thanks For Reading .
Selamat Hari Raya AidilAdha .
^_^


8 comments:

SHAR said...

betul..betul.. betull.. hahaha.. terbaek dari boboboi....

ni la malaysia.. sikit2 hal jadi isu politik... apa pon tak boleh...

eiqa najwa said...

haha, gempak giller .. btw, nice :)

Anonymous said...

hahah..kelakar! nice!

Miss Nieyna said...

eiqa : hehe , biasa je la :)

Miss Nieyna said...

budak merah : thanks :)

Cik Ziela said...

terbaekk la akak..haha xDD edisi khas tu yg xboleh tahan..

Miss Nieyna said...

hehe . tengkiuu2 . :)

♛RaRa♛ said...

hehe kreatiff ^-^